BERSUKARELA BERSAMA KAMI
Dalam perkongsian bersama AIC, C3A & NCSS
Blossom Seeds bergantung kepada masyarakat untuk memberikan asuhan dan sokongan kepada warga emas yang terdedah. Bagi mereka yang ingin membawa kegembiraan kepada warga emas atau mencuba sesuatu yang baru, mari sertai kami sebagai seorang Blossom Kaki untuk menyokong masyarakat yang pengasih di mana semua akan mekar!
Daftar dengan kami di sini.
1) Driver Kaki (Kaki Pemandu)
Kekerapan : Seminggu Sekali
Syarat : Mempunyai sekurangnya lesen Kelas 3
Untuk memandu bas Blossom Seeds yang berkemampuan kerusi roda dan/atau mengambil warga emas yang berkerusi roda ulang alik dari rumah ke temujanji perubatan dibawah program Medical Escort & Transport (MET). Jikalau kamu mempunyai kenderaan sendiri, kami juga boleh mengaturkan untuk menggunakan kenderaan kamu sendiri.
2) Escort Kaki (Kaki Pengiring)
Kekerapan : Seminggu Sekali
Syarat : Berminat dan bersemangat untuk membantu warga emas. Latihan akan disediakan.
Untuk menemani warga emas yang lemah dan/atau berkerusi roda dibawah program Medical Escort & Transport (MET), ulang alik dari rumah ke temujanji perubatan, tolong mereka memahami arahan doktor dan mengutip ubat. Bagi sesetengah warga emas, temujanji perubatan mereka adalah peluang yang jarang untuk mereka keluar dari rumah, dan mereka bergantung kepada sukarelawan untuk memberikan persahabatan, membelikan keperluan rumah, membersihkan rumah, dan membawa mereka ke pusat aktiviti kami jika perlu.
3) Befriender Kaki (Kaki Persahabatan)
Kekerapan : Sebulan dua kali
Syarat : Berminat dan bersemangat untuk membantu warga emas
Untuk menyokong warga emas yang berisiko dibawah program Community Befriending Programme (CBP) untuk memastikan mereka terus berhubung dengan masyarakat di sekeliling.
4) Club Kaki (Kaki Kelab)
Kekerapan : Seminggu Sekali
Syarat : Berminat dan bersemangat untuk membantu warga emas
Untuk berkongsi kemahiran/minat (seperti memasak, kerja kraf, bersenaman, musik, hortikultur) dengan warga emas kami dan memastikan mereka terus terlibat dalam kegiatan yang bermakna dalam program Active Ageing (AA).
5) Admin Kaki (Kaki Pentadbir)
Kekerapan : Seminggu Sekali
Syarat : Kemahiran Bahasa Inggeris dan Komputer
Untuk menyokong kumpulan kami dengan tugas pentadbiran seperti penerimaan tetamu, kemasukan data dalam komputer dan tugas pentadbiran yang lain.
6) Event Kaki (Kaki Acara)
Kekerapan : Sebulan Sekali
Syarat : Berminat dan bersemangat untuk membantu warga emas
Untuk menjadi anggota dari kumpulan yang megaturkan sambutan dan acara bagi warga emas, membawa warga emas ke acara dan melibatkan mereka dalam akitiviti/acara.
Daftar untuk acara kami yang akan datang!
7) Centre Cleaning Kaki (Kaki Pembersihan Pusat)
Kekerapan : Sebulan Sekali
Syarat : Kuat dan bersemangat untuk membuat kerja pembersihan
Untuk menyokong pembersihan pusat dan memastikan pusat dibersihkan dengan secukupnya untuk keselesaan dan keselamatan warga emas kami.